Skip to main content

PENYAKIT KEMURUNGAN - PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN

PENYAKIT KEMURUNGAN | PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN | Salah satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian seperti kematian mengejut dan bunuh diri adalah penyakit KEMURUNGAN atau pun "Major Depression". Pemahaman tentang penyakit KEMURUNGAN bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perubatan psikologi adalah berbeza dengan pandangan orang ramai. 

Kemurungan


Apakah Itu Penyakit Kemurungan?

Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih atau murung. Namun berbeza daripada perasaan sedih yang mungkin dirasakan apabila kita kehilangan telefon bimbit contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih atau murung ini berpanjangan. Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu. Ini berbeza dengan perasaan sedih biasa yang kita alami apabila sesuatu musibah berlaku yang akan hilang dalam masa yang singkat setelah musibah itu berlalu.


Simptom-Simptom Penyakit Kemurungan

  1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri atau pun daripada pengamatan orang luar. Contohnya, selalu menangis.
  2. Tidak bersemangat atau berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak saudara.
  3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
  4. Corak tidur berubah, samada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
  5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, samada terlebih aktif atau kurang aktif.
  6. Selalu letih dan kurang bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.
  7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
  8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.
  9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan di masa hadapan untuk membunuh diri.


Apakah Punca Penyakit Kemurungan?

Terdapat beberapa faktor yang  menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan. Salah satunya ialah genetik atau keturunan. Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit ini apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak. Selain itu, individu dengan personaliti yang selalu gelisah atau tidak ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Contohnya trauma psikologi di zaman kanak-kanak atau trauma fizikal ke atas otak kerana  kecederaan atau penyalahgunaan dadah. Kemalangan yang berlaku pada zaman kanak- kanak memberi kesan yang lebih besar dan membawa kepada risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kemurungan bagi seseorang individu dalam kehidupan dewasanya. Bagi mereka yang menggunakan dadah, risiko untuk menghidapi penyakit kemurungan juga turut meningkat berbanding dengan mereka yang tidak mengambil dadah. Penggunaan dadah di sini termasuklah menghisap rokok.

Sesetengah sejarah hidup yang negatif atau yang menyebabkan tekanan jiwa boleh menjadikan seseorang individu itu lebih terdedah untuk menghidapi penyakit kemurungan. Oleh itu, mereka ini haruslah lebih berwaspada dan mendapatkan pertolongan secepat mungkin.

Antara faktor lain yang menyebabkan penyakit kemurungan ialah ketidakseimbangan bahan kimia atau hormon di dalam otak. Hormon utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Antara hormon lain yang turut terlibat ialah norepinephrine dan dopamine. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita. Oleh itu, kegagalan dalam penghasilan atau peningkatan dalam pemusnahan bahan-bahan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bahan kimia ini dan seterusnya menjurus seseorang itu menghidap  penyakit kemurungan

Kemurungan


Rawatan

Penyakit kemurungan perlu dikenalpasti dan diberikan diagnosis sebelum rawatan dapat diberikan. Individu yang mempunyai penyakit ini, bergantung kepada tahap keterukannya, boleh memilih di antara talking therapy” (psikoterapi)  atau penggunaan ubat. Selalunya untuk kes sederhana atau berat, kombinasi terapi boleh digunakan untuk merawat pesakit dan kajian telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan apabila kombinasi rawatan digunakan.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan adalah efektif dan selamat. Walaupun setiap ubat mempunyai kesan sampingan, sekiranya tidak memberikan rawatan untuk penyakit kemurungan adalah lebih bahaya daripada kesan sampingan tersebut. Juga perlu dijelaskan bahawa kesan sampingan ubat-ubat ini selalunya kecil dan jutaan pesakit di seluruh dunia yang menerima rawatan ini dapat menerima kesan sampingannya.



Dapatkan Bantuan

Bagi mereka yang berasa diri mereka memerlukan pertolongan dalam hal ini dan mahu berbicara dengan seseorang yang memahami, doktor di klinik yang selalu anda kunjungi  merupakan orang pertama yang patut anda bawa berbincang. Semua doktor mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengesan dan merawat penyakit kemurungan yang ringan atau sederhana  dalam komuniti. Jika mereka merasakan anda memerlukan khidmat pakar, mereka boleh merujuk anda ke hospital untuk bertemu dengan pakar psikiatri.

Berikut adalah beberapa rujukan yang boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan mengatasi penyakit kemurungan :-


Malaysian Psychiatric Association 


Bestfrienders Malaysia 


The Malaysian Mental Association 




*Kredit : SUMBER*



Comments

Popular posts from this blog

Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Dengan "Set Mighty 3 Gems" Shaklee

Ramai yang refuse nak amik vitamin bentuk pil sebab culas nak monitor water intake level. Jadi apa pilihan anda? Pastinya  SET MIGHTY 3 GEMS!  Set ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh diminum seisi keluarga.  Selain itu set ini juga membantu anda kekal cergas bertenaga sepanjang berpuasa.. Insha Allah..  Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Semasa bersahur, makanlah makanan yang berkadar protein tinggi. Ini kerana pencernaan dan penyerapan makanan adalah jauh lebih lama jika dibandingkan dgn pengambilan makanan dengan kadar karbohidrat yg tinggi. Ambil bersama segelas susu dan juga multivitamin agar stamina tetap terjaga.  Cara paling mudah adalah dengan mengambil  SET MIGHTY 3 GEMS ! Set ini  terdiri daripada 3 rangkaian produk iaitu  Mealshakes  (multivitamin, multimineral, fiber dan protein) ,  ESP   (protein soya)  dan  Performance Drink   (Pure Hydration Drink berperisa oren) . Ambillah  SET MIGHTY 3 GEMS  ini semasa bersahur dan selepas berbuka ataupun

It's November!

I t's November! |  November sudah tiba. Mungkin ramai dari kita yang mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dan menggembirakan serta membahagiakn dengan kedatangan bulan baru ini. Admin juga turut mendoakan agar kita semua diberi kesihatan yang baik untuk kita sama-sama menjalankan aktiviti harian dan menunaikan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dengan lebih baik dan sempurna. Banyak perkara yang telah dicapai, tidak kurang juga perkara-perkara yang belum terlaksana sebelum ini. Namun belum terlambat untuk kita terus tetapkan 'goal' dan menyusun kembali perancangan untuk bulan baru. Semoga kedatangan November kali ini dapat memberikan satu impak yang lebih besar buat semua. Let's Think Healthy Thoughts & Gain Wealth Together!

SHAKLEE Collagen Powder

S HAKLEE Collagen Powder |  Inginkan kulit lebih sihat, muda dan menawan? Ini dia salah satu produk unggul sepanjang zaman dari SHAKLEE yang anda perlu cuba terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kusam dan bermasalah. SHAKLEE Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Red Snapper Scales) Collagen , kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen yang bermolekul sangat ringan ini (kira-kira 1,000 Dalton*) dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia, japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B  yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam. SHAKLEE Collagen Powder  mudah larut dalam minuman dan makanan kege