Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

ADAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ?

A DAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ? | Migrain adalah sejenis penyakit di mana pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan berulang. Ia merupakan sejenis sakit kepala yang amat kronik. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrian bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.  Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.  Secara umumnya, migrain boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu : Migrain dengan aura - sakit kepala yang didahului dengan aura (amaran). Migrain tanpa aura - pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura. Ini adalah lebih kerap berlaku berbanding migrain dengan aura. Kenali Gejala-Gejala Migrain :  A. Sakit Kepala. Sakit kepala migrain biasanya terjadi kepada sebelah kepala sahaja