Skip to main content

ADAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ?

ADAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ? | Migrain adalah sejenis penyakit di mana pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan berulang. Ia merupakan sejenis sakit kepala yang amat kronik. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrian bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. 


Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain. 


Secara umumnya, migrain boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu :
  • Migrain dengan aura - sakit kepala yang didahului dengan aura (amaran).
  • Migrain tanpa aura - pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura. Ini adalah lebih kerap berlaku berbanding migrain dengan aura.



Kenali Gejala-Gejala Migrain : 

A. Sakit Kepala.
Sakit kepala migrain biasanya terjadi kepada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai berdenyut. Kadang-kadang ia juga boleh dirasai pada kedua-dua belah bahagian kepala. Biasanya rasa sakit itu akan bertambah secara perlahan-lahan dan akan beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan yang dialami oleh pesakit migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Serangan migrain mungkin jarang berlaku. Contohnya sekali dalam beberapa bulan atau kadang-kadang ia boleh berlaku dengan lebih kerap, contohnya beberapa kali dalam seminggu.

Selain itu, sakit kepala yang menyerang juga juga boleh menyebabkan rasa loya dan pesakit kadang-kadang mengalami muntah-muntah. Semasa serangan migrain, pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.


B. Aura.
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit.

Berikut adalah contoh-contoh aura yang sering berlaku kepada pesakit migrain :-

  • Aura penglihatan (visual aura) - Kehilangan sebahagian dari penglihatan secara sementara, dan kerlipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya penglihatan.
  • Kebas - Pesakit merasa perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan.
  • Masalah pertuturan.
  • Lain-lain - Bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran.

Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jama atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini akan diikuti dengan aura kemudian sakit kepala. Namun sakit kepala itu akan hilang secara beransur-ansur. Pada waktu ini, pesakit mungkin merasa letih, mudah marah, murung, dan menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.


C. Faktor Pencetus.
Migrain akan berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus. Berikut adalah beberapa faktor pencetus kepada berlakunya serangan migrain :-

  • Makanan - alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi atau teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang, dsb.)
  • Persekitaran - merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin televisyen yang terang, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya bau minyak wangi.
  • Psikology - kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan, dan sebagainya. Namun sesetengah serangan sakit kepala berlaku ketika pesakit berada dalam keadaan yang rilaks seperti semasa sedang berehat di hujung minggu. Keadaan ini dipanggil "weekend migrain".
  • Ubat-ubatan - rawatan hormon, sesetengah ubat tidur, dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain - haid, pertukaran waktu tidur, dan putus haid.

Namun begitu, kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit. 


Jenis-Jenis  Migrain Yang Jarang Berlaku :

  • Migrain semasa haid (Menstrual migraine) - Serangan hanya berlaku sekitar menstruasi (haid) tetapi tidak berlaku pada waktu selainnya.
  • Abdominal migraine - Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala.
  • Ocular migraine - Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang berlaku pergerakan mata yang tidak normal.
  • Hemiplegic migraine - Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada sebelah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
  • Basilar-type migraine - Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas, dan pening kepala.


Anda perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar kesihatan jika sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas. Pakar kesihatan akan memberikan khidmat rawatan dan ubatan yang sepatutnya untuk mengurangkan kesakitan ketika serangan migrain.


Namun, rawatan tanpa ubatan turut disarankan bagi mengurangkan serangan migrain. Antaranya adalah :

  • menangani stress, 
  • elakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang atau minuman beralkohol atau berkafein, 
  • amalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang, 
  • pastikan tubuh anda mendapat rehat dan tidur yang cukup 
  • amalkan pengambilan suplemen yang betul.



*Kredit : SUMBER*


Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet  ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.  Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C  untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral,  SHAKLEE Advanced Joint Health Tablet ialah sayur-sayuran 100%.  Inbox atau SMS Mieza segera untuk dapatkan harga istimewa..! SMS :   019-5327438 EMAIL :   shakleegroup@gmail.com SHAKLEE PAGE :   Shaklee Ipoh, Perak

Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Dengan "Set Mighty 3 Gems" Shaklee

Ramai yang refuse nak amik vitamin bentuk pil sebab culas nak monitor water intake level. Jadi apa pilihan anda? Pastinya  SET MIGHTY 3 GEMS!  Set ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh diminum seisi keluarga.  Selain itu set ini juga membantu anda kekal cergas bertenaga sepanjang berpuasa.. Insha Allah..  Tips Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa Semasa bersahur, makanlah makanan yang berkadar protein tinggi. Ini kerana pencernaan dan penyerapan makanan adalah jauh lebih lama jika dibandingkan dgn pengambilan makanan dengan kadar karbohidrat yg tinggi. Ambil bersama segelas susu dan juga multivitamin agar stamina tetap terjaga.  Cara paling mudah adalah dengan mengambil  SET MIGHTY 3 GEMS ! Set ini  terdiri daripada 3 rangkaian produk iaitu  Mealshakes  (multivitamin, multimineral, fiber dan protein) ,  ESP   (protein soya)  dan  Performance Drink   (Pure Hydration Drink berperisa oren) . Ambillah  SET MIGHTY 3 GEMS  ini semasa bersahur dan selepas berbuka ataupun

SHAKLEE Collagen Powder

S HAKLEE Collagen Powder |  Inginkan kulit lebih sihat, muda dan menawan? Ini dia salah satu produk unggul sepanjang zaman dari SHAKLEE yang anda perlu cuba terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kusam dan bermasalah. SHAKLEE Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Red Snapper Scales) Collagen , kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen yang bermolekul sangat ringan ini (kira-kira 1,000 Dalton*) dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia, japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B  yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam. SHAKLEE Collagen Powder  mudah larut dalam minuman dan makanan kege