Skip to main content

ADAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ?

ADAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ? | Migrain adalah sejenis penyakit di mana pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan berulang. Ia merupakan sejenis sakit kepala yang amat kronik. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrian bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. 


Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain. 


Secara umumnya, migrain boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu :
  • Migrain dengan aura - sakit kepala yang didahului dengan aura (amaran).
  • Migrain tanpa aura - pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura. Ini adalah lebih kerap berlaku berbanding migrain dengan aura.



Kenali Gejala-Gejala Migrain : 

A. Sakit Kepala.
Sakit kepala migrain biasanya terjadi kepada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai berdenyut. Kadang-kadang ia juga boleh dirasai pada kedua-dua belah bahagian kepala. Biasanya rasa sakit itu akan bertambah secara perlahan-lahan dan akan beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan yang dialami oleh pesakit migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Serangan migrain mungkin jarang berlaku. Contohnya sekali dalam beberapa bulan atau kadang-kadang ia boleh berlaku dengan lebih kerap, contohnya beberapa kali dalam seminggu.

Selain itu, sakit kepala yang menyerang juga juga boleh menyebabkan rasa loya dan pesakit kadang-kadang mengalami muntah-muntah. Semasa serangan migrain, pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.


B. Aura.
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit.

Berikut adalah contoh-contoh aura yang sering berlaku kepada pesakit migrain :-

  • Aura penglihatan (visual aura) - Kehilangan sebahagian dari penglihatan secara sementara, dan kerlipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya penglihatan.
  • Kebas - Pesakit merasa perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan.
  • Masalah pertuturan.
  • Lain-lain - Bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran.

Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jama atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini akan diikuti dengan aura kemudian sakit kepala. Namun sakit kepala itu akan hilang secara beransur-ansur. Pada waktu ini, pesakit mungkin merasa letih, mudah marah, murung, dan menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.


C. Faktor Pencetus.
Migrain akan berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus. Berikut adalah beberapa faktor pencetus kepada berlakunya serangan migrain :-

  • Makanan - alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi atau teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang, dsb.)
  • Persekitaran - merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin televisyen yang terang, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya bau minyak wangi.
  • Psikology - kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan, dan sebagainya. Namun sesetengah serangan sakit kepala berlaku ketika pesakit berada dalam keadaan yang rilaks seperti semasa sedang berehat di hujung minggu. Keadaan ini dipanggil "weekend migrain".
  • Ubat-ubatan - rawatan hormon, sesetengah ubat tidur, dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain - haid, pertukaran waktu tidur, dan putus haid.

Namun begitu, kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit. 


Jenis-Jenis  Migrain Yang Jarang Berlaku :

  • Migrain semasa haid (Menstrual migraine) - Serangan hanya berlaku sekitar menstruasi (haid) tetapi tidak berlaku pada waktu selainnya.
  • Abdominal migraine - Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala.
  • Ocular migraine - Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang berlaku pergerakan mata yang tidak normal.
  • Hemiplegic migraine - Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada sebelah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
  • Basilar-type migraine - Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas, dan pening kepala.


Anda perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar kesihatan jika sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas. Pakar kesihatan akan memberikan khidmat rawatan dan ubatan yang sepatutnya untuk mengurangkan kesakitan ketika serangan migrain.


Namun, rawatan tanpa ubatan turut disarankan bagi mengurangkan serangan migrain. Antaranya adalah :

  • menangani stress, 
  • elakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang atau minuman beralkohol atau berkafein, 
  • amalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang, 
  • pastikan tubuh anda mendapat rehat dan tidur yang cukup 
  • amalkan pengambilan suplemen yang betul.



*Kredit : SUMBER*


Comments

Popular posts from this blog

MANFAAT DAN KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

M ANFAAT DAN KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE |   OMEGA GUARD SHAKLEE  merupakan minyak ikan terbaik di dunia yang diekstrak dari sumber ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring, dan anchovies yang didapati di perairan negara Jepun.  OMEGA GUARD  adalah  3 kali lebih tumpat  dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran,  OMEGA GUARD  merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh  7 jenis asid lemak Omega-3  semulajadi termasuk  EPA, DHA, ALA  dan banyak lagi. Satu sajian OMEGA GUARD  dapat membekalkan  905mg asid-lemak-omega-3 EPA dan DHA . Manfaat Dan Kebaikan Omega Guard Shaklee Asid Lemak-Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 me...

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2014 - ESP ENERGIZING SOY PROTEIN

P ROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2014 - ESP ENERGIZING SOY PROTEIN |   ESP Shaklee / Energizing Soy Protein (ESP)  telah diiktiraf di seluruh dunia dengan kajian klinikal yang sangat extensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.   Kacang soya yang digunakan oleh Sh aklee hanya mengandungi  "NON-GMO" (Non-Genetically Modified Organism)  yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.  Setiap 850 gram iaitu satu canister  ESP / Energizing Soy Protein (ESP)  dihasilkan daripada 30 kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Promosi Harga Runtuh  ESP / Energizing Soy Protein (ESP)  masih lagi berlangsung sehingga 31 Oktober 2014! Hubungi pengedar anda dan dapatkan segera sementara stok masih ada! Baca selanjutnya :- ESP SHAKLEE / ENERGIZING SOY PROTEIN - KEISTIMEWAAN & KEBAIKAN