Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info Sihat

ADAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ?

A DAKAH ANDA PENGHIDAP MIGRAIN ? | Migrain adalah sejenis penyakit di mana pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan berulang. Ia merupakan sejenis sakit kepala yang amat kronik. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrian bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.  Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.  Secara umumnya, migrain boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu : Migrain dengan aura - sakit kepala yang didahului dengan aura (amaran). Migrain tanpa aura - pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura. Ini adalah lebih kerap berlaku berbanding migrain dengan aura. Kenali Gejala-Gejala Migrain :  A. Sakit Kepala. Sakit kepala migrain biasanya terjadi kepada sebelah...

PENYAKIT KEMURUNGAN - PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN

P ENYAKIT KEMURUNGAN | PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN | Salah satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian seperti kematian mengejut dan bunuh diri adalah penyakit KEMURUNGAN atau pun "Major Depression" . Pemahaman tentang penyakit KEMURUNGAN bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perubatan psikologi adalah berbeza dengan pandangan orang ramai.  Apakah Itu Penyakit Kemurungan? Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih atau murung . Namun berbeza daripada perasaan sedih yang mungkin dirasakan apabila kita kehilangan telefon bimbit contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih atau murung ini berpanjangan. Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan...